Oh rindu..


Oh maaf..ni bukan entri jiwang2..cintan-cintun,meleleh..eh tangkap leleh punye ha.. cume..Hari-hari aku makin bosan..aktiviti harian yang sikit pon x berubah.. Jiwa jadi kosong, hati jadi mati.. ecewah! Macam-macam aku nak buat sbnanye..tp tu la msalahnye.. duit.ongkos.fulus.money money money!! haish..dah la dok tanam anggur je cam gaban.. Hari2 pon dok gado dgn gaban jugak.. stress tahap gaban aku! Hahahaha.. Aku rindu nak masuk klas drum.. Tak sampai 2 bulan blaja dah benti kat yamaha tu.. bukan sbb xmampu nak bayar..tp sbb cikgu yang mengajar tu buat aku rase nak ketuk kepala die dari ketuk drum.huh! Aku tau la die hebat main drum..blaja xpayah tgk note2.. tp aku ni bute musik sket bang..nak tekan pedal bass mcm abg pon aku xlarat wey.. kaki abg tu 2 kali ganda kaki aku! naik kejung peha ni ha.. Klas pulak dah la kecik.. Muat utk satu set drum dgn abg tu je! muahaha..jahat gile aku! tp btol la.. bile blaja aku kene selit2 je tepi pintu dow..Tu yg agak stress tu! buat aku jadi takde mood nak ke klas drum.. Tp aku suke bile cikgu ganti yg ajar.. lebih mude,kacak dan bergaya.. oh dan penting skali..saiz badan lebih kecik! wakaka.. Tenang je nak ketuk-mengetuk.. Tp skg takde dah..drum stick ntah kemana.. nak beli set drum sendiri paling murah rm1800.. mcm poket aku tebal je.. Aku ade sorang membe yang sgt hebat bermain drum..tangan mcm lipas kudung! gile laju.. drummer band CEST UREKHA..sesape yg slalu menapak kat gudang noisy tu maybe knal..nak mintak die jadi tok guru tp die dok kedah la pulok! haish.. zaman dolu2 aku menapak gak kat gig2 hardcore kat studio2 kecik nih.. bukan ape..sauna free beb! hahaha..entrance pon x smpai 5 hengget! bagus btol..but seriously bile tgk gig,show, konsert ke ape ke..aku akan lebih beri perhatian kat drummer..bukan pada orgnye tp cara dorang perform..aku suke!! tak main la vokalis..heheh.. Skang ni aku rindu sgt nak main drum!! jiwa dah tak berlagu dah ni.. ade sesape yang sudi nak ajar secara free? ahakss..Tp takpe.. i will get my own drum set one day.. Tungguuuuuuuuuu je la..



bakal kekasih =)

aku suke!

last weekend bertempat di sekitar wangsa maju, aku pg la temankan 2 orang member berjantina'kan lelaki pg CC sbb dorang nak mintak tolong ni la..tu la.. dah agak bosan surf intenet dorang bole plak main bola kan.. damn! pastu aku pon main game "need for speed- most wanted" sorang² ..


then dorang ajak aku race? takde hal la bai! lepas dah pilih² kete yang agak tak power (sbb kete power sume unlocked)..ntah ape jenis.. wa balun aje.. 1..2..3.. go! aku terus pecut diawal game sampai la abis 3 lap! muahaha...seko pon x dapat pecut.. aku suke! aku suke! hahahaha.. sepanjang dlm kete otw balik dorang asik ckp x puas hati je same aku..korang bebulu kan? pg cabut bulu dulu la! ahaha.. next time race lagi haa..

sile bace dengan serius!



Sesape yang bole bace tu saye kagum! kalau yang agak tekebil² nak bace surat ni..ha.. bace sini x pon klik je kat gamba okeh..Btw surat ni surat aduan yang dihantar kepada encik yang tidak bernama dan beralamat kepada bangunan CELCOM..uhuk


Saya Ishak Bin Ismail ingin menyampaikan satu rahsiah rasiah (ejaan terabur!) kepada encik. Saya pernah melihat budak sekolah SSA iaitu Sekolah Sultan Alauddin di Bukit Besar. Saya melihat bukan dari mulut orang (waddefak?!) tetapi dari saya sendiri. Nama yg saya sebut ini encik tolong tahan dia kerana dia pernah berbuat macam-macam kes.

Nama yang pertama: Amyrul Bin Azmi dia pernah minom arak, mencuri motosikal dan bayak lagi.

Nama yg kedua : Sallehhuddin Bin sapeye, dia pernah melakukan perkara yang sama dengan Amyrul.

Nama yg ketiga : Faizal Bin Rahman dia pernah merogol, mencuri kereta dan merompak.

Nama yg keempat: Rafi Bin Rahman dia pernah merogol, mencuri lori dan memukul kereta saya sehingga pecah.

Itu saja yg saya tahu. Saya akan bayar RM1juta kalau encik ikut perintah saya (die jutawan ke?) mereka semua dari kelas satu UKM (budak 'pandai' nih). Encik jangan bagi tahu yang saya yg bagi tahu encik!!!

Setika (???) surat ini sampai ke tangan encik, encik tolong pergi sekarang itu jugak ok.


Dari Ishak Bin Ismail

Kepada: encik


Oh aku TERTEKAN !!! Mungkin Encik CELCOM lebih TERTEKAN!

10 soalan yang sukar untuk dijawab

  1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?
  2. Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?
  3. Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?
  4. Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?
  5. Kenapa pembakar roti di rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?
  6. Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?
  7. Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F,G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?
  8. Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali? ---> macam GABAN =p
  9. Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?
  10. Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?

on the line

Presenting..artist line-up for Sunburst KL'09..click picture to enlarge


Wuuu..not bad.. aku rindu nak tgk performance Butterfingers,Nidji dengan They Will Kill Us All.. tp pemilihan band indie agak kurang menarik.. HUJAN,GSC,ESTRANGED.. dey macha! dorang kan da perform last year..bagi chance la band lain jugak..byk ape band yg best skarang.. haish ni da sah2 kes nak 'pancing' orang je nih... oh x lupe N.E.R.D? Pharell Williams? wow! haha..dengar cite coldplay pon 'bakal' ade..idk.. just wait and see! yang pasti..aku takde duit!!!

Tahukah anda?


1. Tahukah anda,apabila 350ml air yang di ambil daripada sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak


2. Tahukah anda,air sirap adalah salah satu daripada bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter.Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter,tanpa air sirap,mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan

3. Tahukah anda,cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu,ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi

4. Tahukah anda,bahawa seorang manusia yang normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku

5. Tahukah anda,gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif lagi untuk meletup.Tapi mengikut kajian ahli gunung,api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bil api selama 3 bulan

6. Tahukah anda,orang yang tidak kisah langsung tentang wang ringgit,pangkat,kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan

7. Tahukah anda,bahawa hampir kesemua pembaca entri ini telah mencuba menyentuh telinga menggunakan siku


mari ketawa #2


1. Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:


Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?




2. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu atau bersetubuh kan bang kan dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami 'Yerr kerr? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayang' sambil ketawa.

Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 'Tak pe...tunggulah malam'. Esoknya si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami diam sambil mengangguk lemah. Esoknya si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... '. Si suami tiba-tiba marah dan berkata ... 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang?'



3. Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul tahi yang masih panas. Tapi dia masih bingung sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul tahi. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, Pak Pandir ambil keputusan untuk mengkaji contoh najis berkenaan. Pak Pandir tengok dengan lebih dekat tahi tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam tahi.' Lepas tu dia pegang pulak tahi tu, lalu dia berkata, 'Lembik...macam tahi.' Lepas tu dia ambik sikit tahi tu lalu dia hidu tahi tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam tahi.' Oleh kerana Pak Pandir ni masih ragu-ragu dengan tahi tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit tahi tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat tahi berkenaan dia pun menjerit...

'MEMANG TAHI! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'




4. Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik. Bini pun tadak mari.
Ali : ?????????????




5. Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini?
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.

Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.



6. Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The Mall.

Gadis : ' I'm sorry '
Pelancong : ' I'm sorry, too '

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu. Dia meneka2 dan terus menjawab…
Gadis : ' I'm sorry, three '

Pelancong : ' What are you sorry for? '

Gadis : ' I'm sorry, five '




7. Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, Encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. 'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,' kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'



8. Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?

Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!


Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.


Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

Suzy : Ha!!??!

ihsan dari mohd faridzul sukarni


haha..harap korang terhibur.. peace! (^-^)Y

budak kecik pon pandai boikot


mak :
nak makan kat mane ni? mcD ke KFC?


anak : tak boleh la makan kat situ..BOSS die JAHAT !!

mak : *diam*

hilang seketika

skg aku kt LCCT sepang.. tibai berblog gune pda bapak aku. mampos la bil tepon die byk nnt.haha.. bosan siot terasa mcm kt airport bandung pn ade jgk ni. siyes..huhu.. up up and away for 3 days babai

Tonsil ke

Memandangkan blog aku ni agak rojak sket..entri kali ni aku nak la jugak becerita or lbh senang berkongsi informasi pasal satu penyakit ni.. terkejut? yee..aku nampak je mcm ni.. layan gig sane sini..huha² tp org tak tau aku ni budak medical lab..haha.. percaya lah! semalam aku baru je pegi SJMC (Subang Jaya Medical Centre) melawat ucu aku yang baru lepas operation.. sakit ape? awalnye cume sakit tekak.. nampak mcm x serius mane.. alah.. sakit tekak makan strepsil sudahh.. tp bile sakit tu berpanjangan, demam, suara pon jadi lain.. rupenye² bile check ade ketumbuhan dalam tekak yang dipanggil Tonsil.. nak tak nak memang kene operate.. Tonsil ni satu penyakit yang berjangkit.. bole bejangkit melalui contact dgn org yg ade penyakit nih.. Actually disebabkan bakteria or virus (infeksi tonsilitis)..sbb benda ni kat salur pernafasan kan so senang kena jangkitan.. Aku pon tak berapa familiar dengan penyakit ni awalnye.. bile sebut tonsil aku bayangkan ketumbuhan tu cume kecil.. ye lah dalam tekak bajet kecik sebesar guli je la paling besar pon.. tapi bile ucu aku tunjuk gambar..aku terkejut! ketumbuhan tu kat belakang tekak kiri dan kanan.. saiz ade la besar mcm ayam goreng.. dgn darah² lagi.. da mcm ayam masak merah! huhu..series! aku nak letak gamba tepampang kat blog ni kang takot ade org temuntah plak ke..x lalu makan ke.. tp takpe.. untuk tambah pengetahuan..aku siapkan link gamba utk org yang sudi nak tgk.. ni mmg gamba btul..actual size aku x cilok punye! cube klik SINI.. lepas operation alhamdulillah ucu aku ok..cume tak bole makan tak bole minum..suara die pon lain sgt! Ape² pon hope korang semua jage kesihatan..okeh? peace-out!

tag by huzai


Peraturan Tag

Senaraikan:
  • 3 lagu yang wajib ada dalam playlist.
  • 3 barang yang wajib bawa bersama.
  • 3 tempat yang dekat di hati.
  • 3 laman web yang selalu dilawati (selain Facebook, Friendster, dan Myspace)
  • 3 blog yang mahu di-tag
Lepas tu, macam biasalah. Mau buat atau tak, itu terpulang. Mula!


3 lagu yang wajib ada dalam playlist:
  1. Afterlife - Avenged sevenfold
  2. Long before rock'n'roll - Mando Diao
  3. Fetch up when this occur - The Bourjuis
3 barang yang wajib bawa bersama:
  1. of course hp aku..kalau xde rase semacam je
  2. wallet..walaupon takde duit dlm tu..huhu
  3. pg memane kena bawak beg! x suke jln belenggang..
3 tempat yang dekat di hati:
  1. KL of course! kalau jalan jauh mesti rase nak balik KL jugak
  2. NZ dan pelita Ampang..tempat hangout.. klau jumpe sile tego. haha
  3. Ampang
3 laman web yang selalu dilawati:
  1. Blogspot
  2. Blogspot
  3. Blogspot
3 blog yang mahu di-tag:
  1. Siape
  2. Siape
  3. Sahaja

kami tak hot, kami cool....



korang sume mesti tau kan tu tagline dari stesyen radio mane? haa..kalau tau takpe sebab aku mmg malas nak taip kat sini.. tagline die pon da mcm annoying.. lg² kalau dengar kat radio dok ulang-ulang.. menambahkan taik telinge aku je! aha..tu baru je tagline die.. blom masuk iklan-iklan 'prihatin' die lg.. cara penyampaian iklan tu buat aku panassss je kan..mmg tak cool langsung! lagi² iklan yang satu nih..


"beb..kau buat ape beb"
"buat bodo.."
"beb..kau kenape beb"
"saje..hobi.."
"beb..aku tanye ni kau buat ape beb? jawab la!!"
"rileks la beb.."
"kau ingat kau sorang je bole kerek?"
***.fm prihatin..

kepale hotak die bejambul prihatin! beb..beb..aku sepak kang terabur gigi! tak paham btol aku..nak buat iklan tu elok² la sikit.. sgt irritating la..

tu baru iklan tak masuk deejay lagi.. cakap gua,lu,beb,bro (bajet cool, remaja mmg kene ckp camtu agaknye) deejay die x remaja pon! dah tua.. lagi satu aku tak suke topik² yang die usul utk bincang.. tak pasal cinta pasal bf tak pon gf,pasal curang,pasal dating.. pusing² kat topik tu je la.. ape die ingat remaja ni tau becinta je ke? sgt boring!! dah lame sbnanye aku agak panasss dgn stesyen radio ni.. secara konklusi diorang tak berjaya nak meng'cool' kan aku! mekaseyyy...

mari ketawa #1

Harry Potter dan Ron Weasly yang tesesat di China..up up and away!!


Kesian..adik si Jim, Jimmy dah kene goreng!! Lapa la pulok!


Tips utk mengelakkan slipe dicuri mase tgh smayang jumaat..
Tp kalau ilang jugak x dapek den nak nolong.. Mangga pon lg mahal dr selipe!


Tak digalakkan beli kereta ni sbb enjin die berkuasa kura²..maka perjalanan anda same lah seperti seekor kura²..LEMBAB tapi SELAMAT
ingatlah org yang tersayang


Kes curi besi semakin menjadi-jadi dilaporkan baru2 ini..tidak ubah seperti dimana bumi dipijak disitu susu cap junjung.. Karam Singh Kapal Karam melaporkan...



Seteleh 2 jam mereka lepak kat warung Pak Munawir.. mereka didapati bersalah kerana ketiadaan ongkos.Jadi segala apa yang berharga terpaksa ditinggalkan. Bg mengelakkan dikata dek orang kampong demikian adalah gambar yg dpt dirakam dr CCTV dr umah cik johyah. Namun yang demikian, setelah 2 hari kekecohan org kampong timbul apabila mereka melapor kan melihat kelibat2 jembalang hijau menaiki basikaaaaall..sekiaaaaann.Fuh
-dr Sumber Bernama


Nak kate kena denda cikgu takde..nak kate kene buli xnampak plak si gangster..
ni buang tebiat namenye!


Ni la pelajar zaman skg...membute je keje! penat mcm jage anak je kat umah..
Mcm sawan pon ade jugak ni..

menyampah la pulok!

haa..aku klau nyampah kat org mesti bersebab.. kalau x buat ape aku nak saje2 nak rase menyampah kat die kan..buang mase saje!! bak kate afiq..mase itu emas! haha.. eh kelain plak da.. aku nyampah kat seseorang ni.. lame dah knal actually.. sblm jd "artis" yg femes bukan main baik lg.. tego..borak sume ok.. skarang..mak aii.. konon2 la die rase die da femes, tego wat dek je.. klau ym aku BUZZ seribu kali pon die wat xtau je! damn it! takpe2...kau artis konon bole layan artis je eh? tunggu la aku jadi artis nnt! sebelah mate pon aku xnampak kau! hahaha...

iklan x berbayar

actually ni iklan proton yang aku rase xbole nak disiarkan kat tv.. maybe sbb takot memudaratkan org yg sakit especially sakit jantung.. takot mati tekejut agaknye.. hahaha.. pape pon iklan ni bagus sbb mengikut saranan kerajaan skg ni.. so iklan ni KHAS utk korang sume yang memandu (kaye2 bebudak skg ni..) haa..sile2..