agak kecewa Jepun kalah dgn Paraguay.. ape2 pon Nippon maru rocks!
aku boleh senyum lebar bile bangun tido sbb Portugal kalah! hahaha.. Ronaldo dah bole balik kampung..jangan nak meludah sangat.. teserlah hang punya lembik..hee
Belanda vs Brazil..wow! aku tabik spring kalau holland dapat kalahkan brazil.. holland is my 2nd team after Argentina!
Messi..messi.. cant wait for this Saturday! harap Argentina dapat benam mulut2 bising penyokong German..
Lastly..to whom may it concern, xyah la nak mengutuk sangat England tu.. time EPL bukan main lg korang eh? haa..nak ngutuk agak2 skit..
Maka dengan itu bermula lah kehidupan "makan bola,minum bola,tido bola" bagi kaum lelaki.
Jadi disertakan beberapa tips untuk kaum2 wanita :
Musim bola dah start, diminta kaum wanita banyak2 kan bersabar
Jangan amik hati dengan sikap pasangan yang melebihkan bola dari kita
Apa kata cuba join skali pasangan layan bola..cool kan? kalau tak kuasa nak layan,hang tido je la
Tapi bile dah teman pasangan tgk bola,jgn amik hati kalau dia x peduli kan kita.. dah mmg mcm tu perangai lelaki..tgk bola mata tak berkelip,telinga di 'off'' sekejap..kalau hang bebel pon tak guna la temah!
Kalau korang dapat pasangan yang fanatik bola sampai sanggup tak makan,tak tido tu tak xtau la den nak kata ape..memang simpati la..tapi harap2 nya tengok2 kan la pasangan tu.. walau hati berapi tak dilayan,jgn abaikan pasangan..acewah! bukan ape..takot mmg btul dorg tu makan bola je.. =p
Pada suatu petang,sedang aku berjalan-jalan di dalam Central Market, langkah kaki ku yang tadi nya laju berjalan tiba-tiba terhenti.. ecewah! (ayatbajetnakmacamnovel) ok sambung..kaki ku terhenti setelah imej dari mata telah menghantar impulse ke otak dan ditafsir..makanya aku rasa pelik..
"asal dah macam stesen LRT dlm CM ni??"
getus hati aku.. sekali ku pandang..
"laaaa....TOILET rupenye!!"
sebelum masuk toilet dan selepas bayar duit nak masuk toilet kene lalu benda ni....
gambar contoh
Tak tau la plak kalau toilet tempat lain dah ade yang pakai benda alah ni.. tapi memang jakun sekejap la aku petang tu.. haha..
Minggu ni gempar kejap pasal 'flotila kebebasan' yang mana kapal induk Mavi Marmara kene serang dgn tentera israel..itu mmg aku rase mcm nak ****! ye..kite kat sini cume mampu nak berdoa mintak sumenye selamat..itu aje yang mampu.. Tapi aku rasa tindakan tu sangat2 melampau.. Main tabur je peluru hidup kau tu tanpa usul periksa..dah tu kat peraian antarabangsa..bukan main lg kau ye? Mesti sume tau pasal rakyat Malaysia yang ditangkap,dikurung 28jam..termasuk wartawan yang tinggal sehelai sepinggang..kesian.. Oh ye.. aku agak risau jugak sbnanye.. wartawan tv3 yang skg dkt kapal Rachel Corrie, Halim Mohammad tu cousin aku.. harap2 diorang dapat sampaikan bantuan ke GAZA dalam masa yang terdekat dan balik dgn selamat..amiinn...