Persembahan pertama kumpulan Butterfingers untuk tahun ini bakal menjadi persembahan terakhir mereka sebelum penyanyi utama, Emmett Roslan Ishak, berhijrah ke Kanada bersama keluarganya pertengahan tahun ini. Kepada peminat setia Butterfingers, ini merupakan acara yang tak mungkin dilupai. ‘Sesi Istana Budaya Butterfingers’ juga menandakan kali pertama Butterfingers diundang ke ruang persembahan berprestij Dewan Lambang Sari.
Untuk empat ‘showcase’ sepanjang dua hari bersama anggota Butterfingers, kesemua lagu di dalam katalog mereka dari keenam-enam album studio mereka iaitu ‘1.2 Milligrams’, ‘Butterworth Pushful’, ‘Transcendence’, ‘Malayneum’, ‘Selamat Tinggal Dunia’ dan terkini, ‘Kembali’, akan dihidupkan semula di atas pentas Istana Budaya.
Jika 2009 bakal meraikan ketibaan sebenar muzik rock bebas ke arena perdana, langkah seterusnya ialah untuk membawa muzik tersebut dari pentas kecil ke pentas profesional. Konsert anjuran pihak Istana Budaya ini wajar dipuji kerana sokongan mereka yang tak berbelah bagi terhadap muzik alternatif yang belum pernah dibawa lagi ke atas pentas terunggul seni tanahair.
Hari pertama menjemput Bunkface dan Hujan, kedua-duanya nama indie yang menempah nama sepanjang tahun lepas, membuka tirai persembahan ‘1996-2001 Unplugged’ dan ‘Sesi Gitar Kapok’. Untuk penonton yang hadir, ramai yang dijangkakan daripada golongan muda-mudi, satu ‘dress code’ dikenakan seperti yang menjadi ketetapan untuk mana-mana acara yang diadakan di Istana Budaya.
Hari kedua pula menyaksikan Butterfingers menyelami semula material dipetik daripada album terbesar mereka, ‘Transcendence’, yang menyambut ulangtahun ke-10 keluarannya tahun ini. Dan pada malam hari pula, finale ‘Sesi Gitar Karan’ berjudul ‘Mari Hidup Kembali’ bakal merupakan detik penting untuk peminat setia Butterfingers di mana Emmett, Loque, Kadak dan Loko akan mengakhiri buat sementara perjalanan muzik mereka bersama dengan satu persembahan yang pasti menakjubkan.
Menurut Loque, komposer dan gitaris utama Butterfingers: “Dulu mula mula 'start', kami main muzik di tepi jalan, pakai jeans koyak, baju koyak. Sekarang adalah kemuncaknya. Butterfingers telah 'sampai'. Dan tiada tempat yang lebih menarik selain Istana Budaya. Banyak keistimewaan dan rahsia kami yang akan kami bawa pada kedua-dua hari tersebut. Ia akan menyingkap perjalanan hidup kami sebagai Butterfingers dari kami bermula sehingga lah ‘Kembali’.
“Tiada apa yang mustahil atau ‘impossible’ untuk seseorang mendapatkan apa yang mereka impikan,” katanya, menyingkap perasaan terhadap majlis perpisahan muzikal Butterfingers di Istana Budaya.
huh..butterfingers baru kembali lg but then..haish.. tak bes! no more BUTT but then still have BITT! pis! haha
2 comments:
weh ko gi ke kat istana budaya tu? aku kekeringan n takde mase. kalau tak serious aku nak pegi, damnn
aku pon x pg la afiq! damn! tgk la harge tiket die pon bape.. haish
Post a Comment